Irjen Mochamad Iriawan : Senyum adalah sikap mulia bernilai sedekah

0
61
 

Sabda Rasulullah mengenai senyum dan ketawa :

1. Senyum adalah medium terbaik untuk menyapa hati manusia dan menebar kesejukan di hati sesama insan, Rasulullah bersabda :

“kamu tidak akan dapat menenteramkan jiwa manusia dengan wangmu, akan tetapi kamu dapat menenteramkan jiwa mereka dengan wajah ceria dan akhlak mulia.”

2. Senyum adalah sikap mulia bernilai ibadah. Rasulullah bersabda :

“Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah.” ( HR al-Baihaqi no. 7935)

3. Senyum adalah cermin kebaikan ( amal soleh), Rasulullah bersabda :

“sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak iaitu tasbih, tahmid, takbir, tahlil( zikir ), amar makruf nahi mungkar, membuat penghalang ( duri, batu ) daripada jalan, menolong orang, sehinggakan senyum kepada saudara juga adalah sedekah.”

juga sabdanya :

“Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, meskipun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum ( wajah ceria ).”

4. Senyum adalah sikap mulia bernilai sedekah. Rasulullah bersabda :

” senyum manismu dihadapan saudaramu dan orang lain adalah sedekah.”

5. Senyum  adalah medium untuk menyelesaikan masalah.
Anas bin Malik meriwayatkan, dia berkata,

” Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi( Arab Pedusunan). Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda. Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, “suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!” Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya. Namun Rasulullah melayan sikap kasar lelaki Badwi itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, “berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badwi makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badwi kerana senyuman Rasulullah s.a.w.
( HR at-Tabrani no. 7695 )

 

6. Senyum adalah pengubat jiwa dan hati serta fikiran, Rasulullah bersabda :

” Janganlah kamu terlalu membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi keruh.”
( HR Ibnu Majah no. 1130)

7. Tidak sewajarnya ketawa berlebih-lebihan.
Aisyah meriwayatkan, dia berkata,

” Tidak pernah sekalipun aku melihat Rasulullah s.a.w ketawa terbahak-bahak sehingga kelihatan kerongkongnya. Akan tetapi, ketawa baginda adalah dengan tersenyum.”
( HR al-Bukhari no. 8217)

8. Ketawa berlebih-lebihan boleh mematikan hati. Rasulullah bersabda :

” Janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.”
( HR Ibnu Majah no. 4183 )

dalam riwayat lain ada disebut,

“ketawalah sedikit kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”
( HR Muslim no. 1499)

9. Ketawa berlebih-lebihan boleh menjatuhkan harga diri. Rasulullah bersabda,

“Sesungguhnya banyak ketawa akan mematikan hati  dan menghilangkan karisma seorang Mukmin.”
(HR at-Tirmizi no. 2227)

10. Bercakap bohong demi membuat orang lain ketawa akan mendapat kecelakaan.

Rasulullah bersabda :

” Celakalah manusia yang berbicara padahal dia berbohong hanya sekadar untuk membuat orang lain ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.”
( HR Abu Daud no. 4454)

*sesungguhnya Allah membenci orang yang bermuka masam di hadapan saudara-saudaranya.

( HR Ad-Dailami no. 89111)

LEAVE A REPLY